MSbizPrepaid2u – JADIKAN PREPAID KEPADA FREEPAID

Profit Dealer Top Up Paling Tinggi dan Terhangat di Malaysia setakat ini

Perniagaan topup semakin mendapat sambutan seiring pengguna prepaid yang kian bertambah setiap hari, msbizprepaid2u menawarkan profit yang paling tinggi di Malaysia setakat ini  dengan pakej yang menarik dan mampu anda sertai.  
MSbizPrepaid2u adalah Agen yang berdaftar dengan server Cepat Reload antara produk yang disediakan oleh syarikat ialah e-reload iaitu menjual topup secara sms tanpa kad kepada pelanggan dengan hanya menghantar code sms mudah kepada server dan server akan menghantar topup kepada pelanggan. Ianya boleh dilakukan hanya melalui handphone atau secara online.Jika anda menjadi agen topup bersama kami, bergantung pada anda samada mahu memiliki kedai perniagaan sendiri atau menjadi sebuah dealer topup bergerak. Kebanyakan agent kami menjalankan perniagaan ini hanya dengan handphone mereka sendiri sahaja.Kami akan memberi perkhidmatan system ereload terbaik untuk anda menjana pendapatan sampingan dengan prepaid.
Pakej Promosi yang menarik dan profit terhangat setakat ini. Pakej Promosi (Untuk 50 Orang Pertama)
->MsBizPrepaid2U : General Dealer  RM168.00, Harga Promosi = RM68.00*
*Pendaftaran hanya sekali seumur hidup. Tiada yuran mingguan, bulanan atau tahunan. Kod: GD (General Dealer)

->MsBizPrepaid2U : General Dealer RM68.00, Harga Promosi = RM18.00*
*Pendaftaran hanya sekali seumur hidup. Tiada yuran mingguan, bulanan atau tahunan. Kod: GA (General Agent)
 

Mengapa perlu anda pilih msbizprepaid2u ini?

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan lumayan sebagai agen topup? Permintaan terhadap topup adalah konsisten, contohnya setiap bulan, Ahmad membelanjakan RM100 untuk membeli topup. Anda juga begitu bukan? Setiap minggu anda topup.
Cuba anda lihat bagaimana pelan pemasaran yang menguntungkan jika anda mendaftar sebagai Agen jual topup bersama MSbizPrepaid2U [CepatReload].Contoh keuntungan anda sebagai General Dealer (GD).
Ahmad ingin topup Celcom RM10. Maka anda pun topupkan Ahmad sebanyak C10. Sistem akan menolak modal akaun anda sebanyak RM9.475. Kenapa RM9.475? Kerana RM10x5.25%=RM9.475. Jadi anda nampak disini bahawa keuntungan dapat dikira dengan menolakkan RM10 dengan RM9.475 iaitu sama dengan RM0.525. RM0.525 adalah untung anda. Untung anda ini akan tetap berada di dalam akaun modal anda. Jika anda kumpulkan keuntungan ini dengan topup pelanggan seramai 10 orang sudah tentu anda mendapat RM5.25. (RM0.525×10=RM5.25). Kalau 100 orang? 200 orang? 500 orang? 1000 orang? Anda kirakan sendiri. Keuntungan topup yang terkumpul didalam modal boleh digunakan untuk membuat topup semula. Anda tetap mendapat duit dari hasil jualan topup anda. Ini baru sahaja telco Celcom. Belum lagi Maxis, Digi, uMobile, HotTicket dan lain-lain lagi.
MENJANA PENDAPATAN SEBAGAI PENJUAL TOPUP.
Jumlah pengguna topup sememangnya ramai, setiap hari jumlah pengguna topup semakin bertambah, lihat sahaja di kawasan tempat tinggal anda. Berapa orang yang menggunakan handphone? Majoriti pengguna handphone menggunakan topup. Berapa kali mereka topup dalam seminggu? Sebulan? Malah ada juga yang topup sehingga 2 kali sehari.Katakan kawasan tempat tinggal anda mempunyai 400 orang pengguna topup Celcom dan purata setiap seorang daripada mereka akan menggunakan topup RM40 sebulan. Jadi jumlah keseluruhan penggunaan topup di kawasan anda ialah RM40 X 400 = RM16,000 sebulan. Jika anda mendapat keuntungan sebanyak 4% hasil jualan anda daripada jumlah penggunaan topup di kawasan anda iaitu 4% daripada RM16000, anda akan mendapat RM640 sebulan sebagai penjual topup. Bagaimana? Lumayan jugakan?P/S: Pengiraan ini hanyalah contoh, pendapatan sebenar mungkin di luar jangkaan bergantung kepada usaha anda sendiri.

Berminat?

Hubungi / SMS :
0173480477 / 0194061273
 atau klik link di bawah:
DAFTAR   atau terus ke   http://msbizprepaid2u.blogspot.com/p/pendaftaran.html

Tinggalkan Komen

Pengurusan Projek

Bab 1 Pengenalan Kepada Pengurusan Projek

 

1.1  Pengertian Projek dan Pengurusan Projek

Menurut PIM (Project Management Institute) definasi Projek:

“Projek adalah satu usaha sementara terdiri dari pada beberapa siri aktiviti dan tugas yang dibuat untuk mencipta satu produk atau servis yang unik”

 

Projek adalah aktiviti yang dirancang. Projek selalunya adalah suatu aktiviti yang dirancang dengan teliti untuk mencapai keputusan yang diidamkan. Projek boleh dibahagikan kepada beberapa tugas yang mesti dicapai(dipenuhi) dalam usaha utuk mencapai cita-cita yang diinginkan.

 

Contoh projek:

Ø      Pembinaan Bangunan

Ø      Pengeluaran Produk

Ø      Pembinaan Pakej Perisian Payroll

 

Projek mempunyai objektif yang spesifik yang perlu diselesaikan di dalam spesifikasi tertentu, menentukan tarikh mula dan tamat, dilakukan oleh manusia atau sumber bukan manusia (duit, bahan dll), dirancang, dilaksanakan dan dikawal, dengan sumber yang terhad (budget, orang, peralatan, masa dll yang terhad). Syarikat yang melaksanakan sesuatu projek biasanya akan membahagikan projek mereka kepada beberapa fasa atau peringkat untuk membolehkan kawalan pengurusan yang lebih baik. Semua fasa projek ini dikenali sebagai Kitar Hayat Projek (project life-cycle).

 

Projek adalah sangat komplek sehinggakan pecahan tugasan memerlukan penyelarasan yang teliti dan kawalan terhadap masa, kos dan pretasi.

 

Seperti benda hidup, projek juga mempunyai kitar hayat. Dari permulaan yang perlahan, ianya akan terus maju sehingga tahap kemuncak dan seterusnya berkurangan dan akhirnya perlu ditamatkan. Tujuan asas projek adalah untuk mencapai tujuan yang spesifik.

Pengurusan Projek (Project Management) adalah penggunaan terhadap pengetahuan, skil, perkakasan dan teknik terhadap aktiviti projek untuk menyiapkan sesuatu projek. Ianya adalah proses penggabungan kesemuanya untuk membolehkan projek itu disiapkan sejajar dengan perubahan projek di dalam kitar hayatnya di dalam mencapai matlamat (cita-cita) projek.

 

Kejayaan Pengurusan Projek berlaku apabila mencapai objektif projek dalam masa dan budget yang telah ditetapkan.  Pengurusan Projek melibatkan perancangan projek, menganjurkan (organising), pengambilan kakitangan (staffing), arahan (directing), pemantauan, kawalan, memperkenalkan sesuatu yang baru (innovating) dan mewakili. Pengurus Projek bermatlamat untuk mencapai sasaran atau lebih dari sasaran yang diharapkan oleh pemegang saham (stakeholder).

 

Pengurus Projek adalah orang yang bertanggungjawap di dalam  pengurusan, menyediakan kakitangan, membuat budget, memberi arahan, perancangan dan melakukan kawalan terhadap sesuatu projek.  Pengurus Projek membina satu pelan dimana projek tersebut dikawal dan dijejak(tracked) untuk memastikan projek tersebut mencapai matlamat yang ditetapkan. Untuk ini, Pengurus Projek memerlukan informasi(maklumat) betul dan tepat pada masanya. Maklumat ini perlu dibekalkan dengan perancangan dan sistem kawalan, dimana mengariskan skop kerja dan mengukur prestasi supaya mengikut perancangan yang asal.

 

 1.2   Projek Perisian melawan Projek Jenis Lain (Software Porjects vs Other Types of Projects)

 

Produk berdasarkan Projek Perisian mempunyai beberapa ciri:

Ciri-ciri

Butir

Tidak Nampak (Invisibility)

Artifak fizikal seperti jambatan atau jalan sedang dibuat. Kemajuan projek dapat dilihat. Projek-projek perisian, kemajuan(progres) bukanlah dengan serta merta boleh dilihat hasilnya. Adalah sukar untuk pengurus projek menilai(mentaksirkan) kemajuan sesuatu projek perisian semasa pembikinan perisian tersebut.

Kerumitan

(Complexity)

Perbandingan setiap ringgit, produk perisian mempunyai kerumitan yang lebih jika dibandingkan dengan kejuruteraan artifak. Usaha yang dikenakan terhadap modul program yang berbeza adalah berbeza  mengikut keperluan, input dan output yang diperlukan oleh setiap modul.

Keakuran (conformity)

Projek jenis sistem fizikal seperti simen, besi dll mengikut hukum fizikal yang tetap tetapi pembangunan perisian mestilah selaras dengan kehendak pelanggan, organisasi dsbnya yang mempunyai pandangan yang berbeza. Konflik terhadap perbezaan teknik pengkodan (coding), kaedah dan logik membuatkan projek perisian perlu menjelaskan keakuran secara jelas.

Kelenturan (flexibilty)

Projek perisian mempunyai kekuatan kelenturan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan yang banyak. Penambahan ke atas perisian tidak memerlukan program yang lama untuk dibuang. Walaupun perubahan dibenarkan dalam projek perisian namun ia akan memanjangkan jangkamasa projek tersebut.

 

 1.3  Project Stakeholders (Pemegang Kepentingan Projek)

 

Sesiapa yang mempunyai taruhan atau kepentingan di dalam projek dikenali sebagai projek stakeholders.

 

Projek StakeHolder mungkin terdiri daripada 3 golongan:

 

Orang Dalaman yang berada di dalam pasukan projek yg dilaksanakan

Orang luar dari pasukan projek tetapi berada di dalam Organisasi yang sama

Orang luar yang tidak ada kena mengena dengan organisasi yang membuat projek

Mereka ini terlibat secara langsung dalam pasukan projek dan berpengaruh di dalam aktiviti projek. Boleh jadi Pengurus Projek atau ahli pasukan

Kakitangan atau jabatan yang mana pasukan projek memerlukan bantuan

Pelanggan(pengguna) yang memperolehi manfaat dari sistem yang dipasangkan atau kontraktor yang terlibat melakukan kerja-kerja untuk projek tersebut

 

Projek stakeholders adalah organisasi atau orang (dalaman dan luaran) yang mana berminat melibatkan diri secara aktif terhadap projek atau orang yang berkepentingan serta berminat terhadap kesan yang akan terjadi apabila projek itu dilaksanakan. Sesetengah stakeholders hanya berminat di dalam kesan hasil daripada pelaksanaan projek tersebut, sementara yang lain hanya berminat terhadap projek semasa projek tersebut dalam pembinaan. Selain sebagai Pengurus Projek dan ahli pasukan projek, projek stakeholders juga boleh terdiri daripada pelanggan luaran, pelanggan dalaman, pengguna perniagaan, kakitangan dalaman, pemegang saham, kerajaan, pembekal, komuniti tempatan dan agensi-agensi lain.

 

Adalah menjadi tugas Pengurus Projek untuk mengenal pasti semua Projek Stakeholders dan menentukan keperluan dan  jangkaan stakeholders terhadap projek tersebut. Keperluan dan jangkaan(harapan) mesti di urus dan seimbang untuk memastikan kejayaan projek. Mereka (stakeholders) digalakkan untuk menyumbangkan kepakaran, idea dan pengetahuan yang berguna untuk membantu kejayaan projek.

 

 1.4  Cadangan Projek (Project Proposal) dan Kontrak

 

Cadangan projek adalah ringkasan kepada keputusan pembangunan yang dibuat berdasarkan informasi yang diterima daripada pelanggan, pengalaman pengurus projek, perbincangan diantara ahli kumpulan projek mengenai kemungkinan alternatif yang boleh dilakukan sekiranya berlaku ancaman kepada projek tersebut. Cadangan projek tersebut perlulah jelas dan kefahaman yang tinggi perlu diberikan kepada pelanggan.

 

Cadangan projek mesti memasukkan cadangan jadual pembangunan peringkat utama (main stages) dan kos keseluruhan. Ini membolehkan pelanggan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan atau berhenti setakat itu sahaja.

 

Cadangan di dalam cadangan projek mestilah menyakinkan dan berkaitan dengan kehendak pengguna. Cadangan mestilah menakjubkan dan inovatif kerana pelanggan mungkin juga telah menerima cadangan dari syarikat lain. Oleh itu cadangan tersebut perlulah mempunyai daya bersaing (bertanding).

 

Cadangan Projek mesti meliputi perkara di bawah:

 

Ø      Pengenalan am dan ringkasan eksekutif (executive summary)

Ø      Kenyataan apa yang pelanggan dan pelanggan mahu dari projek tersebut

Ø      Menerangkan secara am perkhidmatan yang ditawarkan dan alasan untuk memilih mereka dan kemungkinan kepelbagaian jika ada.

Ø      Gambar rajah menggariskan struktur dicadangkan

Ø      Menerangkan keperluan sumber manusia/bukan manusia yang diperlukan

Ø      Struktur jadual dan pecahan kerja

Ø      Struktur pembayaran/kos

Ø      Kekangan/batasan (limitations) terhadap cadangan tersebut.

 

 

Kontrak adalah persetujuan diantara semua pihak yang terlibat yang mendefinasikan faedah dan tanggungjawap mereka yang berkaitan.

 

Kontrak untuk produk perisian mengharuskan pasukan projek untuk menyediakan jadual untuk projek tersebut dapat dihantar dalam satu jangkamasa yang ditetapkan dan kadar upah yang dikenakan. Kontrak hanya ditanda tangani setelah pelanggan berpuas hati dan bersetuju dengan cadangan yang dihantar. Cadangan boleh diperincikan (mengenai akitiviti/tugas, jadual dan budget) dan seterusnya menjadi dokumen kontrak. Setelah kontrak ditanda tangani oleh semua pihak yang terlibat,  kerja sebenar projek boleh dilaksanakan.

 

 

1.5  Project Management Information System (PMIS)  – Pengurusan Projek berdasarkan Sistem Informasi.

 

PMIS membantu di dalam membuat gambar rajah. Penjadualan dan menjejak semua projek yang ada di dalam sesuatu projek.

 

PMIS juga mengawal kiraan kos, kadar keuntungan, perbedaan, membuat laporan pengurusan dsbnya. Pakej awal PMIS adalah besar dan menggunakan mainframe. Kini perisian seperti Micorsoft Project boleh digunakan pada komputer biasa.

Comments (1)

Rebet Minyak

Kenaikan harga minyak kali ini amat memberi kesan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia termasuk golongan kelas menengah, profesional dan mereka yang berpendapatan sederhana. Hari ini protes-protes membantah kenaikan harga minyak telah mula muncul. Di Kuala Lumpur, kereta masih lagi diperlukan kerana sistem pengangkutan awam belum mencapai tahap yang boleh memberikan keselesaan.

Beginilah anggaran kasar perbelanjaan yang diperlukan oleh seorang bujang.
Anggaran ini masih lagi belum ditokok dengan perbelanjaan- perbelanjaan lain seperti memberi wang kepada orang tua, bil telefon, bil internet dan keperluan lain.
Niee… Bujang!! Kalau dah kahwin, anak 6… kira la sendiri…

Di bawah ialah maklumat terperinci kenaikan harga minyak dari tahun 1990 hingga sekarang.

Demonstrasi membantah kenaikkan harga minyak juga telah berlaku seluruh dunia. Pada Ogos 2007 di Myanmar, Januari di Nepal, Februari di India dan Honduras, April di Iceland dan Amerika Syarikat, Mei di Perancis, United Kingdom, Sepanyol, Bulgaria dan Indonesia. Tetapi tiada satu pun yang dapat menurunkan atau menyekat kenaikan harga minyak. Jika rakyat negara kita juga berdemonstrasi, ini menunjukkan kurang matangnya kita.

Info lanjut terus klik RebetMinyak

Tinggalkan Komen

Gano i.g Plus

Gano i.g Plus

Tepung susu skim Kolostrum akar yang diperkayakan dengan khasiat Garoderma. Berfungsi meningkat dan menguatkan sistem imun tubuh melawan penyakit.

Gano i.g Plus

RM 130 (Bukan Ahli)
Jadi Ahli
Tempahan

Keistimewaan & Khasiat :
Kesan Penyakit
Bongkar Penyakit
Hilangkan Punca Penyakit
Kuatkan Tubuh Menentang Penyakit

Gano i.g Plus adalah tepung susu skim yang sungguh berkhasiat berfungsi menguatkan dan mengekalkan kekebalan tubuh melawan penyakit (sistem imun tubuh). Ia adalah kombinasi susu skim, susu kolostrum dan mycelium (akar) Ganoderma. Kehebatan Ganoderma dalam mengesan dan membongkar penyakit serta mengeluarkan toksid dan racun yang menjadi punca lemahnya sistem imun tubuh telahpun terbukti dan diakui.

Pengambilan Gani i.g Plus susulan dari penggunaan Ganoderma Lingzhi dan serbuk minuman LINGZHI Tplus dapat mengekal dan mengoptimakan penyingkiran toksid dan racun dari tubuh badan seterusnya menjadikan tubuh kekal menentang penyakit yang akan menyerang.

MYCELIUM
Adalah akar Ganoderma. Kandungan polisakarida yang tertinggi berada didalam Ganoderma diperingkat awal pertumbuhannya. Polisakarida amat penting dalam menentang kuman-kuman kanser serta merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf. Ia membekalkan tubuh spektrum mineral yang lengkap. Mycelium juga adalah tonik bagi otak.

KOLOSTRUM
Dikenali juga dengan susu awal lembu yang diperolehi dalam tempoh 48 jam dari kelahiran anak lembu. Kolostrum mengandungi unsur penting yang diperlukan oleh tubuh untuk mengekalkan kekebalan tubuh menentang penyakit.

 
Khasiat dan Fungsi Komposisi i.g dalam GANO i.g Plus :
IgG Mengaktifkan sel darah putih untuk menentang serangan kuman bakteria terutama E Coll, kuman bakteria yang kerap dijumpai pada usus pesakit.
IgA Membantu menghasilkan protein yang mencukupi untuk badan manusia serta mencegah serangan kuman bakteria daripada melekat pada dinding organ.
IgM Mengaktifkan penghasilan sel darah merah, membekalkan oksigen dan mempercepatkan proses meneutralisasi sebarang racun kuman bakteria yang dijumpai dalam badang manusia.
IgD Membantu penyerapan kalsium dan pengagihan kalsium pada tulang badan serta membekalkan haba kepada tubuh
IgE Menghalang sebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf dan bahagian otak manusia serta membantu sel-sel mambran.
IgF Membantu membaik pulih tisu sel-sel yang rosak, menggantikan protein pada bahagian bawah kulit dan menguatkan tulang. Membantu pengaktifan dan tumbesaran sel-sel organ dan hormon. Membantu mempercepat dan mengukuhkan tumbesaran sel.
PRP Menguatkan tulang, sistem saraf dan bahagian otak manusia.

Tinggalkan Komen

Bersugi

 

Apakah itu bersugi ? Bersugi bermaksud membersihkan gigi dengan menggunakan benda² yang kesat lagi suci seperti kayu sugi ( contoh : kayu pohon arak dari tanah Hijaz ) dan sebagainya.

Berus sugi (miswak) diambil daripada akar pokok “Araak” (Salvadora Persica). Ianya terkenal sejak sekian lama sebagai satu-satunya alat penjagaan gigi dan mulut yang organik, mudah dan terbukti berkesan.

Pengunaannya telah direkodkan seawal 7000SM di dalam kaedah perubatan Babylon dan ayurvedic India, dan tamadun-tamadun agung seperti Greek, Rom, Mesir Lama, Yahudi dan Islam. Berus sugi juga dikenali sebagai ‘amalan para nabi-nabi’. Nabi Muhammad s.a.w amat menggalakkan umat Islam bersugi sebagai satu amalan kebersihan diri dan kesempurnaan ibadat.Hari ini, berus sugi masih digunakan oleh berjuta-juta manusia seluruh dunia.

Kepentingan bersugi dalam Islam ? Daripada Ibn Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya(bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Hukum bersugi? Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (hadis riwayat Al-Bukhari).

Melalui hadis di atas, para ulama telah menghukumkan bersugi sebagai sunat mua’kad. Ini kerana walaupun wujudnya perkataan ‘amartahum’ ( bermaksud ‘menyuruh’ ) yang mempunyai perintah wajib, namun perkataan tersebut telah didahului oleh perkataan ‘laula’ ( bermaksud jika tidak ) yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. memberikan kelonggaran kepada umatnya, maka menjadikan hukum bersugi ini sebagai sunat muakkad.

 

” HEBAT, BERKUALITI, BERTARAF DUNIA…. TIADA YANG SEUMPAMANYA DALAM PASARAN SEMASA …
GEL PEMBERSIH GIGI ( UBAT GIGI ) NAZAFAH PELBAGAI KEGUNAAN. Kombinasi hebat Ganoderma, Habbatus Sauda’ dan ekstrak Kayu Sugi “

Produk terbaru HLM Hidup Bersama Sunnah – ubat gigi Nazafah: kayu sugi + habbatus sauda + ganoderma pasti hebat. Dapatkan sekarang dengan harga berpatutan (RM12.50 , 150gm). Suci segar meyakinkan.

Tinggalkan Komen

Ciri-ciri Keusahawanan

Pendahuluan

KEUSAHAWANAN sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Kebanyakan orang bagaimanapun lupa akan hakikat ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan yang ada majikan yang memberi gaji. Keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya. Walaupun begitu keusahawanan tetap menjadi satu bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi. Corak pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan berlakunya pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Sehingga lebih kurang 30 tahun yang lalu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerjaya bagi kaum Bumiputera yang merupakan majoriti golongan etnik. Jika adapun kaum Bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan ataupun kerana terpaksa disebabkan kurang kelayakan untuk mendapat kerja lain.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970 telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya. Berikutan itu, berbagai langkah telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan kepada golongan Bumiputera. Penekanan oleh Kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995.

Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus kepada dasar-dasar Kerajaan untuk terus menggerakkan negara kearah perindustrian dan perdagangan. Dasar-dasar ini dengan secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum.

Tiga atau empat dekad yang lalu, kerjaya sebagai usahawan bukan merupakan pilihan bagi kebanyakan orang. Ini kerana peluang-peluang perniagaan tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati. Kebanyakan berpendapat bahawa keusahawananadalah sesuatu yang sukar dan ianya merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin berbanding jika bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi bekerja dengan Kerajaan. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa golongan Bumiputera yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan adalah kerana terpaksa disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lain. Mereka yang menjadi ‘usahawan terpaksa’ ini selalunya tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan.

Mereka biasanya belajar melalui kesilapan dan pengalaman. Jika mereka lambat belajar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya keusahawanan, maka sukar bagi mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Bagaimanapun, perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekad kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang-peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi juga mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya kaum Bumiputera yang mula memahami dan meminati bidang perniagaan dan keusahawanan. Dengan itu kita dapati bahawa lebih ramai yang secara sedar dan sukarela memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka. Mereka mula melihat keusahawanan sebagai sumber rezeki yang lebih meyakinkan.

Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas pilihan sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya telah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan. Namun begitu kita dapati ramai juga yang gagal dalam perniagaan yang diceburi. Melihat kepada kegagalan yang berlaku kepada sebilangan usahawan, kita tertanya apakah keusahawanan merupakan satu kerjaya yang selamat? Untuk membuat kesimpulan kita perlu melihat secara terperinci apakah pula ciri -ciri keusahawanan, faktor persekitaran luaran dan proses kreativiti.

Ciri-Ciri Keusahawanan

Untuk menjadi usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut:

  • Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.
  • Maklumat pasaran yang disasarkan.
  • Maklumat mengenai persaingan.
  • Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.
  • Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.
  • Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi.

Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.

Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan. Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.

Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.

Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan. Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan.

Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan. Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.

Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan.

Untuk membuat keputusan sebelum menceburi diri dalam bidang perniagaan tertentu, bakal usahawan seharusnya membuat kajian dan penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut. Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaiknya merangkumi analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut. Analisis SWOT akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak.

Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan. Kita tidak nampak bagaimana seseorang usahawan akan berjaya tanpa ciri-ciri seperti berikut:

  • Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat.
  • Jujur dan ikhlas.
  • Berdaya kreatif.
  • Mahir berkomunikasi.
  • Berani menanggung risiko.
  • Bijak membuat penilaian dan keputusan.

Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama. Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:

  • Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi.
  • Keinginan yang kuat untuk berjaya.
  • Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan.
  • Memberi tumpuan dalam perniagaan.
  • Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap.
  • Membentuk jaringan perniagaan yang luas.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenalpasti adalah:

  • Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi.
  • Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan.
  • Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan.
  • Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah.
  • Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi.

Tinggalkan Komen

Mikropemproses

Pendahuluan

Komputer yang kita gunakan setiap hari menggunakan mikropemproses dalam melakukan tugasnya. Mikropemproses ini merupakan jantung dari semua komputer, sama ada desktop, server atau laptop. Prosessor yang kita gunakan tidak kira Pentium, Athlon, AMD, PowerPC, Sparc atau salah satu dari banyak jenama dan jenis mikropemproses lainnya. Namun, mereka pada dasarnya melakukan hal yang sama dengan cara yang sama juga.

CPU atau Unit Pemproses Pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan Unit Pemproses Pusat, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar(register) disertakan sekali bagi menyimpan operator(operands) dan hasil proses.

Istilah Unit Pemprosesan Pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip Mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam Litar Bersepadu(intergrated circuit).

Jika ingin tahu apa yang dilakukan oleh mikropemproses dalam komputer kita teruslah membaca. Kita akan mengetahui bagaimana digital logik memungkinkan komputer melakukan tugasnya.

Sejarah mikropemproses

Mikropemproses juga dikenali dengan CPU atau central processing unit. Ianya merupakan mesin komputersi lengkap yang dikombinasi pada satu chip. Mikropemproses pertama adalah Intel 4004, yang diperkenalkan pada tahun 1971. Jenis 4004 ini tidak begitu powerfull. Hanya dapat menambah dan mengurangi, dan ia hanya dapat melakukannya 4bit pada saat bersamaan. Namun menakjubkan kerana semuanya terdapat pada satu chip. Sebelum 4004, mereka membuat komputer dari kumpulan chip atau dari komponen yang berlainan (transistor yang dihubungkan bersama). Intel 4004 merupakan
otak salah satu kalkulator elektronik portable yang pertama
.

Mikropemproses pertama yang digunakan dalam komputer rumah adalah Intel 8080, komputer 8-bit lengkap pada satu chip, yang diperkenalkan pada tahun 1974. Mikropemproses pertama yang menarik perhatian di pasaran adalah Intel 8088, yang diperkenalkan pada tahun 1979 dan diintegrasikan ke dalam IBM PC (yang kali pertama muncul sekitar tahun 1982). Jika kita sentiasa mengikuti dengan pasaran PC dan sejarahnya, tentu tahu bahwa pasaran PC bergerak dari 8088, 80286, 80386, 80486 ke Pentium, Pentium II, Pentium III, Pentium 4 ke teknologi baru (centrino) dengan pemproses pentium M dan yang terkini sekarang Centrino Duo dilengkapi prosesor Intel Duo Core. Semua mikropemproses ini dibuat oleh Intel dan semuanya merupakan peningkatan dari desain dasar 8088. Pentium 4 contohnya dapat menjalankan kode apapun yang dijalankan pada 8088, tetapi ia melakukannya 5000 kali lebih cepat.

Teknologi baru yang khusus untuk peranti mobil khasnya notebook yang dikenali sebagai Centrino. Teknologi Centrino ini adalah terdiri dari tiga komponen utama iaitu pemproses Pentium M, chipset 855PM dan hubungan rangkaian PRO/Wireless. Apakah kelebihan Centrino ini?

 

Ciri-ciri Pemproses Centrino

Pemproses Pentium M ini menawarkan kelajuan pada 4 tahap iaitu 1.3 GHz, 1.4 GHz, 1.5 GHz dan 1.6 GHz. Walaupun kelajuannya kelihatan lebih rendah dari Pentium 4, tetapi dari segi prestasinya ia adalah lebih baik. Ini adalah berdasarkan siri benchmark yang telah dilakukan bagi membandingkan prestasi Pentium 3, Pentium 4 dan Pentium M dimana didapati keupayaan Pentium M adalah jauh lebih baik terutamanya dari segi kelajuan capaian ke Internet samada menerusi LAN dan WLAN serta jangka hayat baterinya yang lebih lama ketika digunakan. Beberapa ciri-ciri pemproses Pentium M ini adalah seperti berikut :

1. Menyokong teknologi tambahan Intel Speed Step. Intel Speed Step mempunyai fungsi pilihan mod frekuensi secara masa-nyata yang dinamik (berasaskan permintaan CPU) bermula dari LFM (Lowest Frequency Mode) ke HFM (Highest Frequency Mode) yang membenarkan prestasi berada ditahap optimum dengan menggunakan bekalan kuasa yang paling rendah.

2. Menawarkan sistem bas pada frekuensi 400 MHz Membolehkan perpindahan data dilakukan pada kadar 3.2Gb data sesaat ketika masuk dan keluar dari pemproses.

3. Keupayaan atau Prestasi yang tinggi dengan bekalan kuasa yang lebih rendah Membolehkan pemproses beroperasi pada kadar voltan yang paling rendah dengan cara menggunakan teknik termaju meminimakan masa dan pensuisan isyarat.

Teknologi baru Centrino Duo dilengkapi prosesor Intel Core Duo, yang menampilkan reka bentuk khas dengan dua prosesor dalam pakej kira-kira sebesar setem pos yang besar.

Teknologi Centrino Duo memberikan peningkatan prestasi dramatik lebih 70 peratus, di samping mengurangkan penggunaan tenaga komponen sehingga 28 peratus berbanding generasi sebelumnya.

Pemproses Pentium Dua Teras Edisi Extreme pula adalah daripada kejayaan pengenalan pengeluaran pertamanya yang menggunakan teknologi itu menerusi pemproses teknologi mobile Centrino Duo bagi pengurusan kuasa tinggi komputer notebook sebelum ini.

Pengenalan dua teknologi baru bagi pemproses dua teras ini dapat memenuhi jangkaan pengguna yang inginkan kuasa pada komputer mereka dengan tahap prestasi maksimum.
Teknologi pemproses dua teras itu akan memenuhi kehendak pelbagai pengguna seperti individu sehingga ke enterpris dengan menawarkan perkhidmatan berbeza berdasarkan tahap penggunaan mereka.

“Ia diperluaskan kepada platform desktop dan sistem pelayan enterpris,” – Pengurus Program Kumpulan Penyelesaian Perisian Intel, Chew Kuan Beng ketika memberi taklimat mengenai Microarkitek Intel teras di Kuala Lumpur.

Prestasi desktop, komputer notebook dan sistem pelayan akan meningkat daripada 20 peratus sehingga 80 peratus, bergantung kepada penggunaannya tanpa menjejaskan prestasi setiap watt bagi platform yang menggunakan teknologi baru itu.

Rekaan baru ini memberikan pengkhususan kepada satu asas untuk komponen pemproses itu dalam mencapai tahap prestasi tinggi kepada pengguna hasil daripada penggunaan tenaga dengan lebih efektif. Teknologi dua teras ini juga adalah lebih dinamik apabila perkongsian data dan maklumat dapat dilakukan tanpa merosakkan sistemnya.

Senibina Pemproses Pentium

Pemproses Pentium IA-32 merupakan pemproses yang mula diperkenalkan oleh Intel Corporation. Sekarang pemproses keluaran Intel dikenali sebagai Pemproses Pentium. Lapan Daftar 32-bit digunakan untuk memegang data operand atau maklumat pengalamatan. Senibina berasaskan model ingatan dan gabungan kawasan-kawasan yang berbeza dalam ingatan yang dipanggil segment. Segmen Kod (CS) memegang arahan program, segmen Timbunan (SS) mengandungi timbunan pemproses dan 4 Segmen Data (DS) disediakan untuk memegang data operand.

Pemproses 80386 merupakan processor pertama yang mengimplementasikan senibina IA-32 dan 80486 mengandungi unit pemprosesan integer dan titik apungan. Sokongan memori 80486 adalah sama dengan 80386. 80486 membenarkan parallelism dan pipelining.

Pemproses Pentium pembaikan daripada 80486 dengan kuasanya adalah dua kali ganda daripada 80486. Ianya adalah senibina CISC yang mencapai prestasi yang tinggi dengan menggunakan ciri-ciri pemproses RISC. Membolehkan dua arahan dilaksanakan pada satu kitaran jam. Pemproses Pentium menggunakan bentuk ramalan cabang dinamik yang mudah. Memilih arah yang sama di mana ia memilih cabang terakhir yang dilaksanakan. Bilangan arahan maksimum yang boleh dilaksanakan dalam kitaran jam adalah dua.

Pemproses Pentium Pro meningkatkan superscalar dan keupayaan untuk melaksanakan arahan tanpa jujukan. Faktor superscalar, dikenali juga sebagai bilangan arahan maksimum yang boleh dilaksanakan dalam kitaran jam adalah tiga dalam Pemproses Pentium Pro. Operasi superscalar disokong oleh banyak unit perlaksanaan, termasuk dua untuk operasi integer dan dua operasi titik apungan. Keupayaan untuk melaksanakan arahan dalam jujukan yang berbeza dengan yang telah dinyatakan di dalam program yang diambil dari ingatan. Ianya juga membenarkan banyak arahan dilaksanakan pada satu masa. Bas luaran yang mengawal litar membenarkan Pentium Pro digunakan dalam sistem multipemproses.

Pemproses Pentium II menambah arahan MMX dengan menyediakan pemprosesan secara selari dalam operasi multimedia terhadap piksel yang menerangkan data grafik. Pemproses Pentium III memperkenalkan arahan vektor (SIMD). Merupakan arahan untuk memproses operasi vektor pada data titik apungan

Pemproses Pentium 4 mempunyai kadar jam antara 1.3 hingga 1.5 GHz. Set arahan IA-32 disokong sepenuhnya, termasuk arahan MMX dan SSE. Arahan cache untuk memegang segmen laluan perlaksanaan arahan decoded, dikenali sebagai trace. Trace boleh melebihi satu cabang dalam program asal. Jika laluan ini diulang, perlaksanaan akan menjadi lebih cepat. Pemeriksaan akan dibuat untuk memastikan cabang yang sama diambil apabila trace berulang.

Pemproses Centrino Pentium M ini mempunyai kelajuan pada 4 tahap iaitu 1.3 GHz, 1.4 GHz, 1.5 GHz dan 1.6 GHz. Walaupun kelajuannya kelihatan lebih rendah dari Pentium 4, tetapi dari segi prestasinya ia adalah lebih baik. Ianya menyokong teknologi tambahan Intel Speed Step. Intel Speed Step mempunyai fungsi pilihan mod frekuensi secara masa-nyata yang dinamik (berasaskan permintaan CPU) bermula dari LFM (Lowest Frequency Mode) ke HFM (Highest Frequency Mode) yang membenarkan prestasi berada ditahap optimum dengan menggunakan bekalan kuasa yang paling rendah.

Sistem bas pada frekuensi 400 MHz Membolehkan perpindahan data dilakukan pada kadar 3.2Gb data sesaat ketika masuk dan keluar dari pemproses. Keupayaan atau Prestasi yang tinggi dengan bekalan kuasa yang lebih rendah Membolehkan pemproses beroperasi pada kadar voltan yang paling rendah dengan cara menggunakan teknik termaju meminimakan masa dan pensuisan isyarat.

 

Kesimpulan dan cadangan

Menjelang tahun 2011, diramalkan mikroproses akan menggunakan satu bilion transistor dan beroperasi pada kelajuan 10GHz serta menggunakan proses teknologi semikonduktor 0.07-mikron yang mampu melakukan kiraan 100 bilion operasi sesaat. Senibina pemproses PC juga akan ditingkatkan daripada 32 bit kepada 64 bit bagi meningkatkan tahap pemprosesan untuk PC.

Intel merupakan pemproses yang banyak mengubah zaman teknologi di mana ianya sentiasa kehadapan dan mengalami perubahan yang mendadak. Dengan kejayaan ini, pengeluarnya akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keupayaan pemproses mereka.

Pengeluar pemproses diharapkan lebih fokus dalam menghasilkan produk yang dapat memenuhi kehendak pasaran semasa berbanding hanya tertumpu kepada pengguna teknologi tertentu saja.Ini bagi memastikan teknologi pemproses yang diperkenalkan memenuhi keperluan pengguna yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk keperluan tertentu.

Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat komputer berlumba-lumba untuk mengeluarkan komputer serta kenyataan berkaitan dengan masa hadapan dunia pengkomputeran dalam nada yang optimistik dan positif. Para saintis dan juga pakar-pakar komputer telah menyenaraikan beberapa aspek pengkomputeran yang bakal muncul nanti. Malah inisiatif untuk menghasilkan teknologi komputer terbaru telah dijalankan sejak empat atau lima tahun sebelum memasuki abad ke 21 ini oleh beberapa syarikat komputer gergasi.

Namun begitu segalanya bergantung kepada kehendak dan keupayaan pengguna untuk menyerap segala teknologi baru ini dan digunakan dengan baik.

Rujukan:

1. http://www.intel.com/processor: online pada 28 September 2006 (5:39PM)
2. http://www.pcmedia.co.id/Detail.Asp?Id=517&Cid=22&Eid=14 : online pada 29 September 2006 (4:54PM)
3. http://www.uum.edu.my/spk/komp/tsld008.htm
:online pada 27 September 2006 (5:40PM)
4. http://www.karangkraf.com.my/E-Majalah/MajalahPC/artikel.asp?ID=12169
: online pada 29 September 2006 (4:50PM)
5. http://www.idesa.net.my/modules/news/index.php?storytopic=12&start=40 : online pada 29 September 2006 (5:06PM)
6. http://kissradiofm.org/news.php?extend.64 : online pada 27 September 2006 (5:50PM)
7.http://www.pesima.net/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=77&mode=thread&order=0&thold=0
: online pada 27 September 2006 (5:54PM)
8. Berita Harian, 17 April 2006

Tinggalkan Komen